Alcaraz kejar ranking No.1 dunia

Alcaraz kejar ranking No.1 dunia

CARLOS ALCARAZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CINCINNATI: Pemain tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz kini memberi tumpuan penuh untuk menamatkan saingan musim ini sebagai pemain No.1 dunia.

Alcaraz berkata, beliau ketika ini berada di momentum terbaik selepas merangkul gelaran Grand Slam berturut-turut selain meraih perak di Sukan Olimpik Paris.

Juara Terbuka Perancis dan Wimbledon berusia 21 tahun yang tewas dalam final Olimpik yang mendebarkan kepada Novak Djokovic akan kembali beraksi di Terbuka Cincinnati minggu ini.

Alcaraz yang kini menghuni kedudukan ketiga dunia berpeluang mengatasi Jannik Sinner dari Itali, yang kini menduduki ranking No.1 dunia

Beliau hanya ketinggalan 450 mata di belakang Sinner dalam perlumbaan langsung ATP ke peringkat akhir musim di Turin, satu kedudukan yang menjadi kayu pengukur bagi penentuan pemain No.1 dunia pada akhir tahun.

“Menjadi No.1 dunia adalah matlamat saya setiap kali saya berada di belakang dan perjuangan ini amat penting bagi saya.

“Saya benar-benar fokus untuk mencapai matlamat itu. Saya ke setiap kejohanan dengan niat untuk bermain tenis dengan hebat, menghasilkan keputusan yang baik dan memperbaiki kedudukan,” kata Alcaraz.

Alcaraz, yang merupakan naib juara Cincinnati tahun lalu, akan memulakan kempen minggu ini dengan menentang Gael Monfils atau Alexei Popyrin, dalam perlawanan pertama di gelanggang keras sejak mara ke suku akhir di Miami pada Mac lalu.

Terbuka Cincinnati menjadi acara penting sebagai persediaan untuk Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsung pada 26 Ogos hingga 8 September ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN