Afrina rebut gelaran ratu pecut, raih emas 100m dan 200m Sukma

Afrina rebut gelaran ratu pecut, raih emas 100m dan 200m Sukma 2024

NUR Afrina Batrisya, mengungguli acara 200m wanita akhir di Stadium Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pelari Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal sah memegang status ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2024 selepas meraih emas kedua dalam acara 200 meter (m) di Stadium Sarawak, sebentar tadi.

Seperti dalam saingan 100m semalam, Nur Afrina yang merakamkan catatan 23.89 saat (s) untuk meleburkan rekod kejohanan milik pelari Perak, Noor Eewan Syafiqah Mohd Sabri yang dilakukan pada Sukma 2016.

“Seperti saya harapkam emas kedua untuk Selangor. Saya pecahkan rekod buat kali kedua.

“Saya gembira masa saya dapat, ini luar jangkaan walaupun sebenarnya saya mampu lakukan.

“Apa saya buat ialah fokus sebelum turun beraksi, saya pastikan saya kekal tenang dan tidak memikirkan tentang pesaing. Saya hanya melawan diri saya sendiri,” katanya.

Semalam Nur Afrina turut mencipta rekod baharu Sukma 100m selepas merekodkan 11.64s.

Tempat kedua dimenangi pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira (24.52s) dana gangsa dimenangi Ormila Octavia Codday Nyadau (24.94s).

Dalam saingan lelaki, pelari Pulau Pinang, Muhammad Sayyid Amin Roslan cipta kejutan untuk meraih emas ketika kemenangannya hanya dipisakan 0.004s dengan Danish Iftikhar Muhammad Roslee yang berpuas hati dengan pingat perak.

Muhammad Sayyid merekodkan 21.221s manakala Pengiran Aidil Auf Hajam @ Pg Roslie memenangi gangsa (21.60s).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN