LONDON: Gareth Southgate meletak jawatan selaku pengurus England hari ini selepas pasukannya tewas 1-2 kepada Sepanyol pada final Euro 2024. “Ia masa untuk perubahan dan untuk babak baharu. Aksi final Ahad (awal pagi Isnin) lalu berdepan Sepanyol di Berlin ialah perlawanan terakhir saya sebagai pengurus England,” kata Southgate dalam satu kenyataan. Nama yang pantas dikaitkan sebagai pengganti pengurus berusia 53 tahun itu termasuk pengurus Newcastle, Eddie Howe dan dua bekas…