Pearly-Thinaah kembali hidupkan peluang ke suku akhir di Paris

Pearly-Thinaah kembali hidupkan peluang ke suku akhir di Paris

PASANGAN beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah mengatasi gandingan dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-13 pada Terbuka Hong Kong 2024, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah menewaskan pasangan No. 6 dunia, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dalam aksi peringkat Kumpulan A pada Sukan Olimpik di Paris, Perancis, sebentar tadi.

Pasangan Malaysia yang menghuni ranking ke-13 dunia tersebut mencatat kemenangan ke atas gandingan Jepun itu dalam permainan yang diheret sehingga ke set penentuan 18-21, 21-15, 21-16 selama 1 jam 13 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan Pearly-Thinaah semakin melebarkan rekod kemenangan 4-2 ke atas Matsumoto-Nagahara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Esok, Pearly-Thinaah bakal berdepan beregu No. 9 dunia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Pearly-Thinaah perlu mencatat kemenangan ke atas Apriyani-Siti Fadia untuk mengesahkan tempat ke suku akhir dan sekali gus memastikan dua tempat teratas Kumpulan A menjadi milik mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini