Nadal cedera, bakal tarik diri?

Nadal cedera, bakal tarik diri?

Rafael Nadal berdepan kecederaan peha menjelang Sukan olimpik paris 2024.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Jaguh tenis dunia, Rafael Nadal menimbulkan kebimbangan terhadap kem tenis Sepanyol berikutan mengalami kecederaan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

Jurulatihnya, Carlos Moya berkata, Nadal ketika ini bergelut dengan kecederaan peha, sekali gus mencetuskan persoalan dengan penyertaannya di temasya empat tahun sekali itu.

“Dia (Nadal) mengalami sedikit ketidakselesaan pagi kelmarin.

“Selepas itu, pada sebelah petang pergerakannya semakin terhad dan sebelum ianya menjadi lebih teruk dan memutuskan untuk berhenti berlatih,” kata Moya.

Nadal dijadualkan bermain dalam acara perseorangan serta beregu bersama bintang sensasi Sepanyol, Carlos Alcaraz di Roland Garros.

Sementara itu, Moya menyifatkan Nadal melakukan perkara terbaik tidak menjalani latihan susulan kecederaan serta tahap kecegarsannya yang tidak memberangsangkan.

“Saya tidak boleh menjamin apa-apa sama ada dia tidak akan bermain atau dia akan bermain.Kini apa yang dia perlu ialah berehat dan menjalani rawatan,” jelasnya.

Nadal dijadualkan menentang pemain Hungary Marton Fucsovics pada pusingan pertama acara perseorangan Ahad ini selain beraksi dalam beregu lelaki bersama Alcaraz. – AGENSI

KAPSYEN : RAFAEL Nadal akan beraksi dalam acara perseorangan dan beregu bersama Carlos Alcaraz di Sukan Olimpik Paris 2024.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN