SHAH ALAM: Pasukan dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), MBSA Blue Pelican berjaya merangkul gelaran juara di Kejohanan Ragbi MBSA-UiTM 10 Sebelah Piala Datuk Bandar Shah Alam 2024. Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MBSA, Azhar Mohd.Sharif berkata, MBSA Blue Pelican berjaya menewaskan pasukan BMMB Bullets dengan keputusan 5-0 dalam perlawanan akhir di Padang Ragbi Arena 1, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam. “Sebagai juara MBSA Blue Pelican membawa pulang hadiah wang tunai…










