Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir

Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir

SOH WOOI YIK (kanan) masih berdepan kecederaan selepas meraih gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan slot ke suku akhir menjadi milik mereka selepas mencatat kemenangan kedua dalam perlawanan Kumpulan A pada Sukan Olimpik di Paris, Perancis, semalam.

Pasangan No. 5 dunia itu tidak berdepan masalah untuk mengetepikan gandingan Kanada, Nyl Yakura-Adam Dong menerusi kemenangan straight set 21-10, 21-15 di Arena Porte De La Chapelle.

Aaron-Wooi Yik bakal berdepan ujian sebenar awal pagi esok apabila akan turun beraksi menentang beregu No. 1 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Sekalipun, sudah mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati, namun, Aaron-Wooi Yik sudah tentu mahu menamatkan saingan selaku juara Kumpulan A bagi mengelak bertemu lawan yang lebih sukar di suku akhir.

Namun begitu, pasangan Malaysia itu tidak mempunyai rekod pertemuan yang baik ke atas Wei Keng-Wang Chang yang mencatat enam berbanding dua kemenangan yang diraih Aaron-wooi Yik.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik mungkin boleh mengambil suntikan motivasi menerusi pertemuan terakhir kedua-dua beregu yang berpihak kepada pasangan negara tersebut sewaktu beraksi pada Piala Thomas, Mei lalu.

Jika, mereka mampu mengulangi pencapaian pada Piala Thomas dengan menundukkan beregu China itu, satu kemenangan moral buat Aaron-Wooi Yik untuk dijadikan sebagai bekalan ke peringkat kalah mati nanti.

Bekas juara dunia itu yang dijadikan sandaran utama Kontinjen Malaysia bagi membawa pulang pingat emas pertama ke tanah air, perlu mengurangkan kesilapan yang kerap dilakukan mereka di dalam gelanggang.

Permulaan perlahan dalam aksi pertama berdepan beregu England, Sean Vendy-Ben Lane, kelmarin dan menentang wakil Kanada semalam perlu dielakkan oleh pasangan negara itu.

Dalam kedua-dua aksi itu, Aaron-Wooi Yik melakukan beberapa kesilapan sama sehingga membiarkan lawan mengutip mata demi mata khususnya dalam set kedua harus diperbaiki menjelang aksi berdepan Wei Keng-Wang Chang.

Sementara itu, dalam aksi perseorangan lelaki, pemain No. 7 dunia, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah mencatat kemenangan pertama selepas menundukkan wakil Sri Lanka, Viren Nettasinghe 21-14, 21-12 dalam perlawanan Kumpulan G.

Anak jati Kedah itu hanya akan kembali beraksi pada Rabu menentang wakil Sepanyol, Pablo Albian untuk perlawanan kedua.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN