Wei Chong-Kai Wun cemerlang mara ke separuh akhir Terbuka

Wei Chong-Kai Wun cemerlang mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia

MAN Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan rentak cemerlang mara buat kali pertama ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi.

Wei Chong-Kai Wun yang menghuni ranking ke-20 dunia menundukkan pasangan berpengalaman Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-17, 18-21, 21-10 dalam masa 57 minit.

Semalam, pasangan No. 25 dunia, Ching Yao-Po Han menyingkirkan beregu No. 1 Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, namun, hari ini kekalahan itu ditebus semula junior mereka di suku akhir.

Perjalanan Wei Chong-Kai Wun ke separuh akhir pada kejohanan Super 1,000 itu tidak mudah, apabila seawal pusingan pertama mereka mengejutkan juara dunia dan juga pilihan pertama, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

Hari ini, slot separuh akhir menjadi milik mereka dan beregu yang bakal menjadi pencabar Wei Chong-Kai Wun, esok, gandingan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa beregu No. 2 negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani apabila menjadi wakil keempat Malaysia terkandas di suku akhir hari ini.

Pasangan ke-13 dunia itu tewas dalam pertarungan sengit tiga set kepada pilihan kedua, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-18, 18-21, 19-21.

Selain Sze Fei-Izzuddin, turut tersingkir di suku akhir adalah dua pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao dan Lee Zii Jia serta beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN