Skuad bola keranjang B-12 negara bermula cemerlang

Skuad bola keranjang B-12 negara bermula cemerlang

SKUAD bola keranjang B-12 ketika berlepas ke Taiwan untuk menyertai Bola Keranjang Mini Antarabangsa Bawah-12 Tahun (TARO) 2024 .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bola keranjang lelaki bawah 12 (B-12) tahun bermula dengan garang selepas berjaya memenangi dua perlawanan dalam kejohanan Bola Keranjang Mini Antarabangsa B-12 Tahun (TARO) 2024 di Taiwan.

Skuad muda negara menang mudah pada perlawanan pembukaan menentang Amerika Syarikat (AS) dengan keputusan 49-9 dan rentak kemenangan diteruskan apabila berjaya menewaskan Korea Selatan 32-2 pada perlawanan kedua.

Ketua Komunikasi Korporat Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Sim Leong Kun berkata, dua kemenangan itu memberi suntikan semangat kepada pemain muda negara untuk terus memberi saingan yang hebat dalam kejohanan TARO.

“Kita amat gembira dengan dengan dua  kemenangan ini, dan saya pasti walaupun mereka masih muda namun mereka telah menunjukkan permainan yang matang,”kata Sim.

Menurut Sim,langkah kanan ini hasil dari persiapan yang baik termasuk proses pemilihan atlet yang telah dilakukan sebulan yang lalu dan latihan berpusat yang telah bermula sejak awal.

“Setiap pemain telah menjalani latihan intensif untuk memastikan persiapan yang cukup rapi bagi menghadapi kejohanan ini

“Pada tahun lalu, pasukan ini berjaya mara ke separuh akhir. Harapan untuk kejohanan kali ini adalah untuk para pemain muda menimba pengalaman berharga tanpa meletakkan sasaran yang terlalu tinggi,”tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa pengalaman pasukan sebelum ini menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

Bagi kategori wanita bawah-12 tahun, pasukan wanita negara berjaya menewaskan Korea Selatan pada perlawanan pertama dengan keputusan 34-17.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×