DORTMUND: Seorang peminat cilik berjaya meloloskan diri hanya semata-mata ingin berswafoto bersama Cristiano Ronaldo di tengah padang ketika perlawanan Turkiye menentang Portugal dalam aksi Kejohanan Eropah (Euro). Penyokong cilik yang memakai baju sukan berwarna merah melepasi kawalan keselamatan apabila muncul dari bangku simpanan pada pertengahan babak kedua sebelum berlari ke arah Ronaldo. Ketika itu, Portugal sedang mendahului 3-0 dalam aksi Kumpulan F dan Ronaldo tersenyum untuk bergambar sebelum penyokong tersebut…










