BERLIN: Jurulatih Belanda, Ronald Koeman mengkritik pemainnya selepas tewas 2-3 kepada Austria, sekali gus menyebabkan mereka menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan D Kejohanan Eropah (Euro) 2024. Austria muncul juara Kumpulan D mengatasi Perancis selaku naib juara, namun Belanda telah pun layak ke pusingan kalah mati apabila muncul salah satu daripada empat pasukan ketiga terbaik. Belanda menewaskan Poland pada aksi pembukaan sebelum seri tanpa jaringan bertemu Perancis, namun mereka dikecewakan dengan…