HERZOGENAURACH: Keputusan seri 1-1 dengan Switzerland pada aksi terakhir peringkat kumpulan menjadi pengajaran berharga buat Jerman menjelang pertembungan dengan Denmark dalam saingan kalah mati Euro 2024, awal pagi esok. Selepas mempamerkan prestasi hampir selama sedekad di kejohanan utama, keyakinan Jerman meningkat apabila memulakan kejohanan Eropah edisi ini dengan menewaskan Scotland dan Hungary. Bagaimanapun, mereka kembali tidak konsisten ketika berdepan Switzerland dan hampir tewas sebelum tandukan minit akhir Niclas Fuellkrug menyamakan…