Hungary hidupkan peluang ke pusingan 16, tewaskan Scotland 1-0

Hungary hidupkan peluang ke pusingan 16, tewaskan Scotland 1-0

KEVIN Csoboth (kiri) meraikan gol jaringannya ketika Hungary menumpaskan Scotland 1-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A Euro 2024, hari ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STUTTGART: Kevin Csoboth menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-10 masa kecederaan untuk Hungary menang 1-0 ke atas Scotland dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Euro 2024, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyalakan harapan Hungary untuk mara ke pusingan 16 selaku pasukan terbaik di tempat dibelakang Jerman selaku juara kumpulan dengan tujuh mata dan Switzerland di tempat kedua dengan lima mata.

Dalam aksi di MHP Arena itu, perlawanan seperti akan berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0, namun Csoboth muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada minit terakhir masa tambahan.

Hungary tiba di Euro dengan reputasi baik dengan 14 perlawanan tanpa kalah antara November 2022 hingga Mac tahun ini dengan mereka juga menewaskan England dua kali dalam Liga Negara-Negara UEFA.

Tetapi kekalahan dua kekalahan berturut-turut pada dua aksi awal telah menjejaskan keyakinan dan menyebabkan skuad kendalian Marco Rossi perlu menewaskan Scotland untuk mengekalkan harapan mereka untuk mara ke pusingan kalah mati.

Bagaimanapun, kemenangan itu perlu dibayar dengan harga mahal apabila penyerang Hungary, Bernabas Varga terpaksa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan serius ekoran pertembungan dengan penjaga gol Scotland, Angus Gan.

Ketika ini, Hungary perlu bergantung kepada keputusan kumpulan lain lain jika mereka mahu mara sebagai salah satu pasukan terbaik di tempat ketiga.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN