Ballard harap Azeem lari bawah 10s

Ballard harap Azeem lari bawah 10s

MUHAMMAD AZEEM Fahmi selepas menjuarai saringan ketiga 200 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard menaruh harapan agar jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mampu berlari bawah 10 saat (s) Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024.

Ballard berkata, biarpun nampak sukar untuk berlari dalam masa bawah 10s, segala kemungkinan boleh berlaku berdasarkan prestasi semasa dan semangat luar biasa Azeem yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou.

“Saya menaruh harapan dia akan beraksi cemerlang dalam Terbuka Malaysia selain menaruh harapan untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan melepasi masa kelayakan di laman sendiri di Malaysia,” katanya.

Di atas kertas, Azeem yang cemerlang membantu Universiti Auburn meraih pingat emas acara 4x100m dalam Kejohanan Trek dan Padang di Oregon, Amerika Syarikat (AS) minggu lalu akan berdepan cabaran pelari dari Austalia, Jack Boultan, 20.

Sementara itu, Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan masa 10.09s tidak mahu meletakkan tekanan ke atas dirinya untuk tampil cemerlang pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024.

“Saya cuba untuk menikmati pertandingan ini dan tidak terlalu memikirkan tentang saingan pencabar mahupun memecahkan sebarang rekod, cuma saya yakin jika tenang, saya mampu menghasilkan keputusan yang baik.

“Ada atlet muda dan senior yang bagus dan dapat memberikan saingan, namun cabaran terbesar kejohanan ini adalah mengatasi diri sendiri. Jadi, persediaan mental, pemulihan, pengambilan makanan dan hidrasi penting bagi diri saya,” katanya.

Sejak tahun lalu, Azeem secara terbuka menyatakan hasratnya untuk menjadi pelari pertama negara ke Sukan Olimpik secara merit di Paris selepas Watson Nyambek melakukannya di Sydney, Australia pada 2000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN