Anggap penampilan terakhir di Olimpik

Anggap penampilan terakhir di Olimpik

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei tewas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsmapran 21-15, 21-12 pada pusingan pertama Masters Jepun 2024 di Gimnasium Wilayah Kumamoto, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei perlu menganggap Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai penampilan terakhir mereka di pentas tertinggi dunia.

Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto berkata, situasi itu akan membolehkan pasangan berkenaan memberi tumpuan penuh kepada penampilan di Paris dan tidak mensia-siakan peluang yang ada.

Nova yang juga merupakan bekas juara dunia dua kali berkata, beliau percaya anak didiknya itu boleh memberikan impak yang besar berdasarkan komitmen dan kesungguhan mereka dalam sesi latihan.

“Dari segi persiapan dan corak permainan mereka, saya sangat yakin mereka mampu membawa pulang pingat. Apa yang penting mereka kena pamerkan kekuatan seperti mana dalam sesi latihan.

“Mereka mempunyai keinginan besar untuk berlatih dan melakukan apa yang sudah diberi, dan itu menjadi persiapan paling bagus. Saya berharap mereka dapat memberikan persembahan maksimum di Olimpik,” kata Nova selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Menurut Nova, Tan Jie-Ee Wei mempamerkan perubahan besar dalam prestasi masing-masing selepas mereka tersingkir seawal pusingan pertama di Terbuka Indonesia pada awal bulan ini.

“Mereka menjadi yang pertama kembali berlatih di Malaysia selepas Terbuka Indonesia. Mereka juga menjalani tempoh latihan paling panjang setakat bersama saya kerana tidak bersama pasukan di Piala Uber dan Piala Thomas,” tambah Nova.

Biarpun gagal meraih sebarang gelaran sepanjang tahun ini, Tang Jie-Ee Wei, yang mula digandingkan pada disember 2022, dianggap pasangan yang digeruni lawan kerana corak permainan pantas mereka.

“Banyak orang tidak suka dengan permainan laju dan keras mereka berdua. Jadi, saya maklumkan mereka perlu tampil yakin dan beri habis-habisan, malah anggap ini sebagai Olimpik terakhir mereka.

“Kami akan bantu dari belakang dan selebihnya mereka yang tentukan sendiri,” kata Nova, sambil berharap kedua-dua pemain terbabit tidak mengalami kecederaan menjelang Olimpik.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN