Regu Malaysia sahkan tempat ke separuh akhir

Regu Malaysia sahkan tempat ke separuh akhir

AZLAN Alias melakukan hadangan ketika aksi suku akhir menentang Singapura di suku akhir Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, hari ini- GAMBR-AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Deretan servis ‘ace’ yang dilakukan Syahir Rosdi dan Haziq Hairul Nizam berjaya membawa skuad regu negara ke separuh akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, sebentar tadi.

Berdepan Singapura di suku akhir, Malaysia yang turut diwakili Farhan Adam (apit kiri), Azlan Alias dan Shahalril Aiman Halim (apit kanan) tidak diberikan cabaran besar untuk menang straight set 15-8, 15-9.

Pada set pertama, ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun mempertaruhkan gandingan Syahir, Farhan dan Azlan sebelum membawa masuk Shahalril bagi menggantikan Azlan pada hujung perlawanan.

SHAHALRIL Aiman melakukan libasan gulung ketika menentang Singapura di suku akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Sedar kemampuan Malaysia untuk memenangi set kedua, Ahmad Jais mengekalkan Shahalril selaku apit kanan selain membawa masuk Haziq pada set kedua sehingga perlawanan berakhir.

“Kalau nak kata kita sudah dapat momentum pun, rasa belum lagi. Sebab dalam perlawanan menentang Singapura ini, saya tengok masih ada beberapa perkara yang perlu dibaiki lagi.

“Bagi saya, semua mahu jadi pemain utama. Tetapi, saya serahkan kepada jurulatih kerana dia tahu percaturan yang ingin dilakukan. Di separuh akhir nanti, kita akan buat yang terbaik lagi untuk negara.

“Saya tidak ambil kisah (komen di Facebook yang mahu dirinya jadi apit kanan utama), bila saya baca perkara itu akan membuat saya lebih tertekan, saya biar jurulatih yang aturkan,” kata Shahlril Aiman kepada pemberita.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia akan berdepan pemenang antara Myanmar atau Indonesia dengan aksi separuh akhir dijadualkan berlangsung pada pukul 9.30 malam ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×