Piala Thomas: Malaysia tunduk 1-3 kepada China

Piala Thomas: Malaysia tunduk 1-3 kepada China

Sze Fei-Izzuddin akan berdepan beregu gabungan dua negara iaitu Malaysia dan Korea Selatan, Goh V Shem-Choi Sol Gyu yang menewaskan pasangan Malaysia, Arif Junaidi-Yap Roy King 21-19, 21-13.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan Malaysia untuk mara ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun berkecai apabila Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang perlu mencari kemenangan ke atas He Ji Ting-Ren Xiang Yu tewas kepada pasangan No. 11 dunia itu pada separuh akhir Piala Thomas di Chengdu, China, sebentar tadi.

Beregu No. 15 dunia itu yang terdesak mendapatkan mata penyamaan gagal dalam misi mereka apabila kalah 21-18, 19-21, 12-21 dalam pertarungan yang berlangsung lebih sejam.

Kekalahan tersebut menyaksikan China mencatat kemenangan 3-1 dan pilihan pertama itu bakal berdepan Indonesia dalam perlawanan akhir, esok, selepas negara tetangga tersebut membenam Taiwan 3-0 dalam satu lagi separuh akhir.

Bagi Malaysia, kejayaan melangkah ke separuh akhir merupakan satu pencapaian yang baik, walaupun penantian untuk merangkul Piala Thomas masih belum berakhir.

Kali terakhir pasukan negara menjulang Piala Thomas ialah pada 1992 sewaktu Malaysia bergelar tuan rumah pada kejohanan berusia 75 tahun itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN