JOHOR BAHRU: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, esok. Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards berharap, Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini. Jelasnya, tindakan ini menjadi ukuran untuk mana-mana pasukan menarik diri atas alasan keselamatan meskipun mendapat jaminan…










