Hannah kecam serangan terhadap Faisal Halim

Hannah kecam serangan terhadap Faisal Halim

FAISAL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang berlaku terhadap atlet negara apabila terbaharu kapten Harimau Malaya, Faisal Halim disimbah asid.

Menerusi laman sosial X, Hannah menggesa agar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) segera mengambil tindakan bagi menangkap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. Tiada keganasan dalam sukan! Saya meminta PDRM untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku,” tulis Hannah.

Tular di media sosial memaparkan kapten Harimau Malaya, Faisal Halim disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di ibu negara.

Berdasarkan gambar tersebut terdapat beberapa kecederaan yang dialami Faisal bagaimanapun tidak dapat dipastikan mengenai tahap keseriusannya.

Sebelum ini, seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid menjadi mangsa samun apabila beliau dipukul dengan senjata dipercayai cota ketika keluar dari kereta oleh suspek yang tidak dikenali.

Suspek melarikan diri Bersama dompet dan telefon bimbit milik Akhyar dan beliau kemudiannya mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN