Misi hidup mati skuad B-23 di Qatar

Misi hidup mati skuad B-23 di Qatar

SKUAD bawah 23 (B-23) tahun negara menjalani latihan menjelang pertembungan dengan Vietnam, hari ini.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Bawah 23 (B-23) negara berdepan misi hidup atau mati apabila mereka tidak boleh kehilangan sebarang mata menentang Vietnam dalam aksi kedua Kumpulan D Piala Asia B-23 di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar, hari ini.   

Vietnam merupakan finalis kejohanan edisi 2018 dan skuad kendalian Juan Torres Garrido tidak mempunyai pilihan selain sekurang-kurangnya mengutip satu berharga untuk menghidupkan peluang Malaysia melepasi peringkat kumpulan.

Itu pandangan bekas jurulatih B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee apabila menyifatkan pertemuan menentang Vietnam diibaratkan sebagai penentu segalanya nasib pasukan negara.

“Kita tidak boleh kehilangan mata bertemu Vietnam. Kita tidak boleh kalah dalam perlawanan seterusnya. Kalau dapat satu mata mungkin boleh menghidupkan peluang pasukan.

“Kita kena positif. Pasukan negara perlu perbaiki mutu permainan dengan lebih kerap masuk ke kawasan lawan. Kita ada peluang tapi kena usaha lebih keras,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Skuad B-23 negara tewas 0-2 kepada Uzbekistan dalam aksi pertama Kumpulan D, kelmarin dan mengulas lanjut mengenai perlawanan itu, Kim Swee berkata, anak-anak buah Garrido perlu kurang melakukan kesilapan.

“Kalau lihat pada perlawanan sebelum ini, pemain kita agak bertahan dan saya percaya mungkin itu termasuk dalam perancangan jurulatih. 

“Malangnya gol dibolosi akibat kesilapan pemain kita sendiri. Jangan cakap pasal corak permainan. Kalau diperhatikan lawan membuat pergerakan kiri dan kanan. Mereka tidak dapat tembus di bahagian tengah dan itu satu perkara positif,” katanya lagi.

Sebagai rekod, Kim Swee pernah memimpin skuad B-23 mara ke peringkat suku akhir Piala Asia B-23 edisi 2018 sekali gus menjadi pencapaian terbaik pasukan dalam kejohanan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN