Skuad B-23: Pulang bermaruah, bukan tangan kosong

Skuad B-23: Pulang bermaruah, bukan tangan kosong

SKUAD B-23 negara perlu sekurang-kurangnya mengutip satu mata dalam aksi terakhir Kumpulan D menentang Kuwait dalam kempen Piala Asia B-23 di Doha, Qatar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas pintu ke suku akhir Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) tertutup rapat, skuad muda negara masih mempunyai misi yang perlu dilunaskan iaitu tidak pulang dengan tangan kosong ke tanah air.

Bakal turun hari ini bagi melengkapkan aksi Kumpulan D berdepan Kuwait, sasaran meraih mata menjadi keutamaan buat pasukan negara.

Perkara itu, ditekankan pengendali skuad B-23 negara Juan Torres Garrido apabila mahu anak buahnya mengakhiri perjuangan di pentas Piala Asia B-23 Qatar dengan bermaruah iaitu mencatat kemenangan menentang Kuwait.

Katanya, kepercayaan dan harapan masih diletakkan kepada barisan pemain muda negara untuk mencatatkan kemenangan bagi memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong.

“Pemain Malaysia berada di sini bukan sahaja untuk diri kita sendiri tetapi juga untuk mewakili warna bola sepak Malaysia. 

“Satu-satunya perkara yang saya harapkan ialah pemain akan berusaha untuk itu (menang ke atas Kuwait),” kata jurulatih dari Sepanyol itu.

Malaysia ketika ini menghuni tangga ketiga kumpulan D tanpa sebarang mata selepas tewas pada dua perlawanan menentang Uzbekistan dan Vietnam.

Aksi Malaysia menentang Kuwait boleh dianggap sebagai pelengkap jadual selepas kedua-dua pasukan sah tersingkir selepas tewas dua aksi awal peringkat kumpulan.

Kegagalan itu turut memadam impian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang mahu melihat skuad B-23 negara melangkah ke separuh akhir dalam usaha merebut slot Olimpik Paris 2024.

Untuk rekod, tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 Julai ini, sementara pasukan keempat akan mengharungi ‘play-off’ menentang wakil Afrika, Guinea.

Pencapaian terbaik skuad Harimau Muda pada kempen Piala Asia B-23 adalah mara ke suku akhir edisi 2018 dibawah bimbingan jurulatih tempatan, Datuk Ong Kim Swee sebelum mereka tewas 1-2 di tangan Korea Selatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN