Thailand tewaskan Malaysia 1-0

Thailand tewaskan Malaysia 1-0

AKSI pemain negara ketika berdepan Thailand dalam aksi kelayakan Piala Asia B-23 di Stadium Chonburi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara memilih jalan berliku untuk layak ke Piala Asia B-23 selepas tewas 1-0 kepada Thailand, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia berada di kedudukan kedua dalam Kumpulan H manakala, Thailand layak ke ke Piala Asia B-23 tahun hadapan selaku juara kumpulan.

Malaysia kini terpaksa menunggu sehingga saingan kelayakan semua kumpulan berakhir untuk menghitung nasib sama ada layak selaku empat pasukan naib juara kumpulan terbaik atau tidak.

Untuk rekod, sebanyak 11 juara kumpulan dan empat naib juara kumpulan dalam aksi kelayakan akan layak untuk beraksi di pusingan akhir di Doha, Qatar pada Januari depan.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Chonburi itu, gol kemenangan Thailand dihasilkan pada minit ke-19 menerusi tandukan Yotsakon Burapha.

Skuad kendalian E. Elavarasan hampir menyamakan kedudukan menerusi Aliff Izwan Yuslan namun, rembatannya pada minit ke-23 diselamatkan penjaga gol Thailand.

Pada separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan namun, gerakan-gerakan yang direncanakan berjaya dipatahkan benteng pertahanan Thailand.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, sekali gus menyaksikan Thailand lolos ke Piala Asia B-23 selaku juara Kumpulan H.

Malaysia bermula positif dalam saingan kelayakan apabila menewaskan Bangladesh 2-0 dan membelasah Filipina 4-0 dalam perlawanan kedua untuk mengutip enam mata.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya