Beregu lelaki di landasan tepat akhiri kemarau gelaran Asia

Beregu lelaki di landasan tepat akhiri kemarau gelaran Asia

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir selepas menundukkan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-14, 21-15 dalam Kejohanan Badminton Asia 2024 di China, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berada di landasan te­pat untuk memburu gelaran sulung Kejohanan Badminton Asia 2024 selepas menempah laluan ke separuh akhir di Ningbo, China, semalam.

Pasangan No. 5 dunia itu menyingkirkan gandingan tuan rumah, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi pada peringkat lapan terbaik 21-14, 21-15 dalam masa 30 minit.

Pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik pada Kejohanan Asia ialah mara ke perlawanan akhir di Manila, Filipina, dua tahun lalu, namun mereka tumpas kepada beregu Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan.

Kini mereka sekali lagi berpeluang menjejakkan kaki ke perlawanan akhir, namun sebelum berhajat berbuat demikian, Aaron-Wooi Yik yang akan mengetuai cabaran Malaysia pada Piala Thomas, hujung bulan ini, perlu melepasi halangan rakan se­negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani di separuh akhir.

Sze Fei-Izzuddin yang meng­huni ranking ke-19 dunia meneruskan rentak cemerlang dan kali ini, beregu No. 10 dunia dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin pula menjadi mangsa mereka menerusi kemenangan 19-21, 21-19, 21-19 dalam aksi yang berlanjutan lebih sejam.

Perjalanan Sze Fei-Izzuddin ke separuh akhir tidak mudah apabila seawal pusingan pertama lagi mereka perlu berdepan juara dunia, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan, sebelum mencipta kejutan besar ke atas pasangan No. 2 dunia itu.

Hari ini, Sze Fei-Izzuddin mengulangi pencapaian di Manila apabila berjaya menjejakkan kaki buat kali kedua pada separuh akhir.

Apa yang lebih menarik, lawan yang menanti mereka di peringkat tersebut juga merupakan pencabar yang sama iaitu Aaron-Wooi Yik yang menewaskan Sze Fei-Izzuddin 21 13, 21-15.

Memiliki rekod pertemuan yang buruk iaitu 1-6 berdepan rakan seperjuangan mereka itu, Sze Fei-Izzuddin berpeluang membalas dendam ke atas Aaron-Wooi Yik dan sekali gus, melakar sejarah menempah tempat ke perlawanan akhir buat kali pertama.

Satu-satunya kemenangan Sze Fei-Izzuddin ke atas beregu No. 5 dunia itu ialah pada Terbuka Jerman, lima tahun lalu.

Bagi Aaron-Wooi Yik pula, gelaran Asia bakal melengkapkan pencapaian beregu No 1. Malaysia itu pada kejohanan peringkat benua selepas me­rangkul Kejuaraan Dunia di Tokyo, Jepun, dua tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN