Yew Sin-Ee Yi wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir Terbuka J

Yew Sin-Ee Yi wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir Terbuka Jerman

Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menjadi wakil tunggal Malaysia menjejakkan kaki ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Jerman di Mulheim An Der Ruhr, Jerman, awal pagi tadi.

Gandingan No. 12 dunia itu yang diletakkan selaku pilihan pertama menewaskan pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-19, 21-10 dalam masa 34 minit di suku akhir.
Pada separuh akhir, esok, Yew Sin-Ee Yi perlu melepasi halangan beregu China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu yang menghuni ranking ke-14 dunia jika berhajat ke perlawanan akhir.

Kedua-dua beregu belum pernah bertemu dalam sebarang kejohanan sebelum ini dan peluang Yew Sin-Ee Yi boleh dikatakan 50-50 walaupun ranking pasangan Malaysia tersebut lebih baik.
Ji Ting-Ren Xiang merupakan pasangan yang memiliki corak permainan yang baik dan agresif, justeru, diharapkan Yew Sin-Ee Yi tidaklah menjadi mangsa kejutan gandingan China itu.

Sementara itu, dalam aksi beregu campuran, dua pasangan negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai terkandas di peringkat lapan terbaik selepas tunduk kepada lawan masing-masing.

Beregu ke-25 dunia, Kian Meng-Pei Jing tewas kepada Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong 13-21, 11-21 dalam masa 52 minit.

Soon Huat-Shevon yang merupakan gandingan No. 14 dunia gagal menyaingi Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati dari Indonesia menerusi kekalahan 19-21, 26-28 dalam masa 47 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN