Pearly, Thinaah tidak tersenarai ke Piala Uber?

Pearly, Thinaah tidak tersenarai ke Piala Uber?

PEARLY Tan dan M. Thinaah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kem badminton negara dijangka membuat percaturan berani dengan tidak menurunkan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah dalam saingan Piala Uber, bulan depan.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, pasangan itu sepatutnya diberikan laluan untuk fokus kepada Sukan Olimpik Paris dan kejohanan itu hanya memberi impak yang kecil bagi persiapan mereka.

Bagaimanapun kata Rexy, keputusan sama ada pasangan nombor 13 dunia itu akan tersenarai atau tidak dalam kem Piala Uber negara hanya akan diputuskan dalam mesyuarat yang akan berlangsung hari ini.

“Kita belum ada keputusan penuh lagi kerana kami akan adakan mesyuarat berkenaan siapa yang akan pergi ke Piala Thomas dan Uber nanti.

“Saya hanya berfikir secara realistik kerana Pearly-Thinaah boleh menggunakan masa semasa kejohanan itu berlangsung untuk memberi tumpuan sepenuhnya  kepada latihan dan persiapan ke Paris.

“Adakah berbaloi untuk menghantar mereka hanya untuk menjamin satu mata dalam saingan Piala Uber?. Namun, ini masih dalam pertimbangan yang mana mereka mungkin akan menyertai ataupun jalani latihan di China kelak,” kata Rexy.

Piala Uber akan melabuhkan tirainya pada 27 April hingga 5 Mei depan di Chengdu, China yang mana Malaysia menghadapi laluan sukar bertemu Thailand, Taiwan dan Australia di Kumpulan B.

Selain kejohanan Piala Uber, Pearly-Thinaah akan menghadapi dua cabaran menerusi Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 (9-14) dan Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Malaysia Masters (21-26 Mei).

Sejak penubuhan Piala Uber pada tahun 1957, pasukan wanita negara tidak pernah berada dalam kelompok empat terakhir pada kejohanan berkenaan.-UTUSAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya