Jangan salahkan pesilat lawan- Pesaka

Jangan salahkan pesilat lawan- Pesaka

Megat Zulkarnain Omardin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kematian pesilat Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, kelmarin bukan berpunca daripada sepakan lawan.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin selepas penelitian lanjut dilakukan.

Katanya, selepas pihak teknikal Pesaka telah meneliti rakaman video dan keterangan wasit dan juri yang mengadili pertandingan berkenaan.

“Saya sudah meneliti rakaman video dan apa yang dilaporkan sebelum ini iaitu punca kematian Allahyarham kerana sepak di kepala adalah tak tepat.

“Kita boleh lihat dengan jelas dari rakaman itu pesilat lawan juga dalam keletihan dan Allahyarham dalam proses buat sepakan gunting.

“Ini ketentuan dari Allah dan saya meminta tiada sesiapa menyalahkan mana-mana pihak terutama pesilat yang bertanding,” katanya.

Wan Muhammad Haikal meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), selepas tidak sedarkan diri ketika pertandingan prapemilihan Sukan Malaysia (Sukma) di Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu Megat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan Pesaka akan memberi bantuan kepada keluarga bagi pengurusan jenazah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya