Garrido belum temui kesebelasan terbaik

Garrido belum temui kesebelasan terbaik

SKUAD bawah 23 tahun negara (B-23) bimbingan Juan Torres Garrido terikat 1-1 dengan skuad B-23 India dalam aksi persabahatan tertutup di Stadium Bolasepak Cheras menjelang saingan Piala Asia B-23 di Doha, Qatar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Juan Torres Garrido mengakui belum ada bayangan kesebelasan utama yang akan memikul cabarandalam aksi pertama Kumpulan D menentang Uzbekistan di saingan Piala Asia B-23 di Qatar pada 17 April depan.

Perkara itu dikongsinya selepas menilai dua aksi persahabatan tertutup menentang India di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di mana skuad muda negara melakar satu kemenangan iaitu 2-1 dan seri 1-1 dalam aksi terakhir, kelmarin.

Jelas jurulatih dari Sepanyol itu, berkata ketiadaan beberapa tonggak utama yang masih belum menyertai kem latihan meskipun sudah seminggu diadakan memberi sedikit kesan kepada perancangan pasukannya.

Begitupun Garrido optimis sebaik sahaja beberapa pemain utama menyertai pasukan dalam minggu ini, dia akan menjumpai bayangan skuad terbaik yang akan dipertaruhkan di Qatar nanti.

“Masih tiada lagi (bayangan kesebelasan utama), sebab ramai lagi pemain akan sertai pasukan di mana ada pemain yang masih perlukan masa untuk tunjukkan kemampuan.

“Ini umpama latihan pra musim bagi pemain. Kita masih tak cukup pemain dan hampir seminggu berlatih tanpa skuad penuh dan mereka akan sertai pasukan beberapa hari lagi.

“Kita tempuh dua perlawanan ini (menentang India) dan kita dapat komitmen yang baik daripada barisan pemain, cuma hari ini (kelmarin) pemain dilihat penat.

“Ia kerana kita terpaksa menekan pemain dalam latihan. Menjelang minggu depan kita akan menganalisis dan membetulkan kekurangan yang ada,” kata Garrido.

Ketika ini, empat pemain utama B-23 masih bersama skuad senior kendalian Kim Pan Gon iaitu Nooa Laine, Harith Haiqal, Azam Azmi Murad dan Mukhairi Ajmal manakala, Luqman Hakim Shamsudin dijadual menyertai pasukan minggu ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN