Tang Jie-Ee Wei terlepas gelaran Thailand Masters

Tang Jie-Ee Wei terlepas gelaran Thailand Masters

AKSI pemain beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran No. 9 dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terlepas peluang merangkul gelaran selepas tunduk kepada gandingan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Thailand Masters di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Diletakkan sebagai pilihan kedua, Tang Jie-Ee Wei akur dengan kekalahan straight set 12-21, 18-21 kepada beregu No. 6 dunia tersebut yang juga pilihan pertama kejohanan.

Kekalahan itu juga menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua beregu kini semakin melebar kepada 1-5 dengan bekas juara dunia itu masih menjadi lawan yang belum mampu Tang Jie-Ee Wei tewaskan kecuali di Terbuka Arctic, Finland, Oktober lalu.

Pada tahun ini, beregu muda negara itu telahpun kecundang sekali kepada Dechapol-Sapsiree pada Terbuka India, bulan lepas menerusi kekalahan straight set 19-21, 16-21 seawal pusingan kedua.

Walaupun tumbang, namun, ada petanda positif daripada Tang Jie-Ee Wei yang mampu melangkah jauh sehingga ke perlawanan akhir berbanding terkandas di pusingan awal dalam tiga kejohanan yang mereka sertai musim ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN