PETALING JAYA: Skuad ping pong wanita negara memulakan kempen mereka di Kejohanan Berpasukan Dunia 2024 di Busan, Korea Selatan dengan langkah kanan selepas menumbang Cuba 3-0 hari ini. Aksi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvesyen Busan menyaksikan Malaysia menurunkan Alice Chang sebagai wakil pertama tidak berdepan masalah untuk menewaskan Estela Crespo dengan keputusan 11-5, 11-5, 11-7. Karen Lynn Dick meneruskan momentum tersebut untuk menggandakan kedudukan 2-0 buat kem Malaysia…










