Kemenangan Malaysia dibayangi isu kecederaan Tze Yong

Kemenangan Malaysia dibayangi isu kecederaan Tze Yong

NG Tze Yong memilih untuk bergelar pemain profesional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mala petaka menimpa skuad lelaki Malaysia selepas pemain perseorangan, Ng Tze Yong terpaksa menarik diri ekoran kecederaan belakang yang masih membelenggunya.

Keputusan itu menyaksikan pemain Singapura, Jason Teh yang diletakkan sebagai perseorangan pertama menentang Tze Yong menghadiahkan mata pertama buat pasukan negaranya pada suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC)di Pusat Konvensyen Setia City dekat sini, hari ini.

Tze Yong ketika ditemui pemberita berkata, dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital, semalam, dan kecederaan belakang yang dialaminya masih belum sembuh 100 peratus.

KUALA LUMPUR, 16 FEBRUARI 2024 – Pemain badminton kebangsaan, Ng Tze Yong mengalami kecederaan belakang ketika menentang pemain dari Singapura, Jia Heng Jason Teh dalam acara perseorangan lelaki semasa Kejohanan Badminton Asia Team Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID

“Dua tahun lepas, saya yang membantu pasukan (muncul juara BATC), tiada pemain yang mahu cedera, ini bukan sesuatu yang boleh saya elak,” katanya di sini, hari ini.

Pemain yang menghuni ranking ke-15 dunia itu amat berharap dia dapat segera keluar daripada kecederaan yang melandanya.

Apa yang lebih memburukkan situasi apabila pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia turut dinasihatkan doktor untuk berehat, hari ini, kerana berdepan masalah pernafasan.

“Zii Jia ada masalah pernafasan dan dinasihatkan doktor untuk tidak bermain hari ini,” kata kakak pemain itu, Lee Zii Yii.

Sekalipun, terpaksa menghadiahkan mata percuma kepada Singapura, skuad kebangsaan tidak menghadapi sebarang masalah untuk menempah slot separuh akhir selepas melakar kemenangan 3-1.

Mata penyamaan dikutip beregu No. 5 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan beregu pecahan, Loh Kean Hean-Howin Wong 21-11, 22-24, 21-14.

Pemain No. 38 dunia, Leong Jun Hao menjelmakan mata kedua Malaysia selepas dia mudah melepasi halangan Joel Koh yang menghuni ranking ke-175 dunia 21-8, 21-12.

KUALA LUMPUR, 16 FEBRUARI 2024 – Aksi pemain badminton kebangsaan, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin ketika menentang pemain dari Singapura, Eng Keat Wesley Koh dan Junsuke Kubo dalam acara badminton lelaki beregu semasa Kejohanan Badminton Asia Team Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID

Mata kemenangan Malaysia diraih oleh beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani selepas membenam Wesley Koh-Junsuke Kubo 21-6, 20-22, 21-8 dalam masa 50 minit.

Pada separuh akhir, esok, Malaysia bakal berdepan sama ada India atau Jepun yang masih lagi bertarung ketika berita ini ditulis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN