KBS berkeras larangan penajaan syarikat rokok elektronik

KBS berkeras larangan penajaan syarikat rokok elektronik

PUTRAJAYA 25 FEBRUARI 2024 - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berbual bersama peserta ketika hadir merasmikan Asia Triathlon Cup Putrajaya 2024 di Kompleks Sukan AIr, Presint 6 di sini, hari ini. (FOTO: FAISOL MUSTAFA)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menambah baik dan mengetatkan peraturan  dari segi penajaan syarikat rokok dan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape dalam acara sukan bagi memastikan ianya tidak berulang di masa hadapan.

Menteri KBS, Hannah Yeoh berkata kementerian tidak mahu berkompromi dengan isu ini berikutan ianya mampu mendatangkan pelbagai masalah terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang menyertai aktiviti sukan.

“Saya sudah minta pegawai undang-undang untuk melihat apa yang kita boleh lakukan untuk memperketatkan peraturan ini.

“Hal ini kerana, bukan sahaja kita mahu persekitaran yang selamat untuk peserta tetapi kepada penonton yang bertandang ke acara sukan tersebut itu juga.

“Jikalau syarikat tersebut (rokok dan vape) terus menerus menjual produk mereka, ibu bapa menjadi bimbang dan tidak akan menghantar anak mereka ke program sukan ini. Sebab itu KBS berkeras akan tidak membenarkan mereka menjadi penaja,” katanya ketika ditemui selepas melepaskan peserta pada Piala Triathlon Asia 2024, di sini hari ini.

Terdahulu, Rabu lepas tular di media sosial berkenaan penganjuran Piala Polo 2024 yang ditaja syarikat vape pada 18 Februari lalu.

Dalam pada itu, Hannah berkata, setiap penonton akan diperiksa semasa menghadiri acara sukan yang dianjurkan di fasiliti milik KBS dan akan dirampas oleh pihak penganjur jika didapati membawa rokok atau vape tersebut.

“Saya mengetahui bahawa dalam industri sukan, ramai pihak susah mencari penaja dan kos penganjuran adalah sangat tinggi masa kini.

“Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengambil ringan hal ini susulan ianya membabitkan kesihatan dan keselamatan orang ramai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×