Jetron Yamaha YYPang sasar tiga terbaik untuk Cub Prix 2024

Jetron Yamaha YYPang sasar tiga terbaik untuk Kejuaraan Cub Prix 2024

Pengasas dan pemilik pasukan Jetron Yamaha YY Pang, Pang Yok You (duduk hadapan) bersama dengan barisan pelumbanya untuk Kejuaraan Cub Prix musim 2024. (FOTO: ihsan Malaysia Cub Prix)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan berpengalaman, Jetron Yamaha YYPang meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok tiga terbaik bagi kategori CP 125 Kejuaraan Cub Prix musim 2024.

Pengasas dan pemilik pasukan, Pang Yok You yakin dengan barisan yang dipertaruhkan pada untuk musim ini mampu untuk merealisasikan sasaran itu menjelang aksi pusingan pertama di Litar Jasin Bestari, Melaka pada hujung minggu ini.

Penyandang juara CP 123, Md Khairi Ashraf kekal menjadi sandaran Jetron Yamaha YYPang akan bergandingan dengan Md Shafiq Ezzariq dan Abdullah Qayyum Razak.

Bagi kategori perdana, CP 150 pula, Jetron Yamaha YYPang mempertaruhkan Md Idil FitriMahadi dan Md Fareez Afeez.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian pasukan kami secara keseluruhan pada musim lepas terutamanya di kategori CP125. Walaupun persaingan agak sengit sepanjang musim tersebut, pelumba-pelumba kami bersama-sama pasukan serta kru telah meneruskan semangat berjuang dan telah tampil dengan prestasi yang hebat untuk memastikan kedudukan kami kekal di tangga tiga teratas.

“Musim ini juga semestinya mencabar, lebih-lebih lagi dengan penyertaan pelumba-pelumba pasukan lain yangberkemahiran tinggi dan berkaliber namun begitu, kami agak yakin dengan kebolehan pasukan kami dan mana-mana kekurangan yang dihadapi akan diatasi bersama-sama,” katanya ketika merasmikan ibu pejabat baharu mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam hari ini.

Dengan perasmian bangunan baharu ini, YYPang berazam untuk memberikan kemudahan “one-stop-centre” yang akan mengurangkan beban pembelian bagi para pelanggan mereka.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×