DOHA: Tonggak Korea Selatan, Son Heung-min berkata, hatinya hancur apabila gagal membantu negaranya layak ke perlawanan akhir Piala Asia 2023 selepas tewas 2-0 kepada Jordan dalam aksi separuh akhir di sini, kelmarin. Sambil memohon maaf, Heung-min berkata, pemain Korea Selatan turun menentang Jordan dalam keadaan gementar dan mengelak kesilapan. Korea Selatan memburu kemenangan pertama sejak 1960, namun dalam aksi kelmarin mereka gagal menembusi gawang Jordan. “Sangat mengecewakan. Hati saya hancur.…










