City naik sekejap ke puncak EPL, tumpaskan Everton 2-0

City naik sekejap ke puncak EPL, tumpaskan Everton 2-0

Penyerang Manchester City, Erling Haaland meledak dua gol untuk menewaskan Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. (FOTO: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pasukan Manchester City menerajui Liga Perdana Inggeris setelah berjaya menumpaskan Everton 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium Etihad sebentar tadi.

Skuad kendalian Pep Guardiola melancarkan asakan bertubi-tubi ke arah kubu Everton, bagaimanapun penjaga gol pelawat, Jordan Pickford bertungkus lumus untuk memastikan gawangnya tidak bolos sehingga tamat separuh masa pertama.

Tuan rumah meningkatkan asakan pada separuh masa kedua, dan usaha mereka akhirnya berhasil apabila penyerang Norway, Erling Haaland memanfaatkan kekalutan di kawasan penalti lawan untuk menyumbat gol pertama perlawanan pada minit ke 71.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gol tersebut menyemarakkan lagi semangat juang pemain The Citizens, dan mereka berjaya menggandakan kedudukan menjadi 2-0 apabila Haaland bijak menampan bola ke gawang Everton setelah menerima hantaran daripada Kevin de Bruyne pada minit ke 85.

Kemenangan ini menyaksikan City berada di takhta liga dengan 52 mata, berkongsi mata dengan pendahulu sebelum ini iaitu Liverpool. Begitupun Liverpool yang kurang satu perlawanan berpeluang untuk merampas semula kedudukan tersebut apabila sedang membuat perhitungan dengan Burnley.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini