Pearly-Thinaah ke suku akhir, empat lagi wakil Malaysia terkandas

Pearly-Thinaah ke suku akhir, empat lagi wakil Malaysia terkandas di Indonesia Masters

BEREGU wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah lolos ke suku akhir Indonesia Masters.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu utama wanita Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah menempah slot ke suku akhir selepas membenam Margot Lambert-Anne Tran dari Perancis pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Gandingan No. 12 dunia itu mengetepikan pasangan yang menghuni ranking ke-21 dunia menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-10 dalam masa 31 minit.

Pada suku akhir, esok, Pearly-Thinaah bakal berdepan beregu No. 5 dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning yang masih segar dengan kejayaan mereka merangkul gelaran Terbuka Malaysia, lebih seminggu yang lalu.

Pertembungan itu merupakan peluang terbaik Pearly-Thinaah untuk membalas dendam di atas kekalahan mereka ditangan beregu China tersebut dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia yang memiliki status Super 1,000 itu.

Sheng Shu-Tan Ning mara ke peringkat lapan terbaik selepas menyingkirkan satu lagi beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien 15-21, 15-21.

Selain Pearly-Thinaah, Malaysia turut mempunyai wakil dalam saingan perseorangan lelaki dan beregu campuran setelah Lee Zii Jia dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut menjejakkan kaki ke suku akhir.

Sementara itu, dalam aksi beregu lelaki, kesemua pasangan Malaysia gagal meneruskan perjuangan selepas tunduk kepada lawan masing-masing.

Beregu No. 12 dunia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dikejutkan pasangan tuan rumah yang berada di tangga ke-46 dunia, Sabar Kuyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani menerusi kekalahan straight set 15-21, 11-21.

Pasangan muda Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula tewas kepada beregu handalan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 18-21, 20-22 dalam masa 44 minit.

Satu lagi beregu muda negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal kalah kepada Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark 17-21, 19-21. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya