KRM terkejut Dugro umum persaraan

KRM terkejut Dugro umum persaraan

R. Dineshwaran
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad ragbi 15 sepasukan (s) negara kehilangan tonggak penting, R. Dineshwaran untuk menghadapi Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 selepas pemain itu mengumumkan persaraannya kelmarin.

Naib Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Syamsul Erwin Muhammad Lagis menyifatkan berita persaraan Dineshwaran adalah sesuatu yang mengejutkan memandangkan pemain itu baru berusia 35 tahun.

Begitupun KRM kini sedang memperincikan senarai panjang pemain yang akan menggantikan posisi Dineshwaran sebelum ia dimuktamadkan bersama-sama pemilihan jurulatih baru skuad kebangsaan.

Dineshwaran yang mesra disapa Dugro pernah berkelana di Jepun selama lapan tahun beraksi dengan dua kelab berbeza iaitu Yamaha Jubilo dan Hino Red Dolphins dalam Liga Ragbi Jepun sebelum mengikat kontrak dengan Chicago Hounds di Amerika Syarikat pada awal tahun 2023.

Sekembalinya ke tanah air pada penghujung tahun lalu, Dineshwaran membantu Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menamatkan kemarau 32 tahun apabila menjadi juara Kejohanan Ragbi Piala Agong.

“Dineshwaran merupakan satu nama besar dan telah menyumbangkan banyak perkara untuk perkembangan ragbi negara. Kami amat merasai kehilangannya apabila dia mengumumkan persaraan.

“Kami di KRM menghormati keputusan yang dibuat oleh beliau, dan kami masih cuba mendapatkan khidmatnya bagi berkongsi pengalaman beliau dengan memberikan inspirasi kepada pemain-pemain baru,” kata Erwin yang dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam masa yang sama Erwin yang juga pemangku pengurus pasukan kebangsaan menjelaskan pihaknya sudah pun menyenarai pendek tiga calon tempatan untuk mengisi jawatan ketua jurulatih skuad 15s.

Untuk saingan ARC tahun ini, Malaysia bukan sahaja akan berentap dengan Hong Kong dan Korea Selatan, malah turut akan berdepan dengan pasukan baharu yang dinaikkan ke Divisyen Perdana iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya