Korea Selatan tidak rancang untuk seri

Korea Selatan tidak rancang untuk seri

AKSI Faisal Halim (tengah) ketika di Piala Asia 2023 ketika menentang Korea Selatan menjadi momen yang paling diingati peminat Harimau Malaya.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann berkata, pasukannya tidak merancang un­tuk seri dengan Malaysia bagi mengelak bertemu Jepun di pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023.

Jurulatih kelahiran Jerman itu berkata, Malaysia telah mempamerkan aksi terbaik dan memberikan barisan bintangnya kesukaran di atas padang biarpun telah berusaha sehabis baik untuk keluar sebagai pemenang.

“Kami sama sekali tidak mengelak bertemu Jepun, sudah tentu ia bukan perancangan kami untuk melepaskan tiga gol dalam perlawanan ini. Kami mahu muncul juara kumpulan, itu adalah sasaran sebenar kami.

“Saya akui Malaysia bermain sepenuh hati dan kamu perlu memberikan mereka kredit tetapi kami sepatutnya memenangi perlawanan ini,” katanya.

Keputusan seri itu menyaksikan Korea Selatan menduduki tempat kedua Kumpulan E di belakang Bahrain yang menewaskan Jordan 1-0 yang turut mara selaku antara pasukan ketiga terbaik peringkat kumpulan.

Terdahulu, terdapat dakwaan dalam kalangan netizen bahawa Korea Selatan tidak beraksi pada tahap sebenar kerana mahu menang tipis atau mahu seri bagi mengelak muncul juara kumpulan untuk bertemu Jepun.

Biarpun berjaya mengelak bertemu Jepun, laluan berliku tetap menanti Taeguk Warriors apabila dijadual bertemu Arab Saudi yang dibimbing Roberto Mancini pada pusingan 16.

Klinsmann turut mempertikai keputusan pengadil kerana memberi penalti kepada Malaysia dan gol ketiga juga boleh dipertikaikan.

“Permainan menarik, enam gol berjaya dihasilkan termasuk gol minit-minit akhir kem Malaysia. Jelas sekali saya marah dengan gol yang dihasilkan lawan, saya rasa ia bukan sepakan penalti, tiada penalti. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN