Klopp tinggalkan Reds akhir musim

Klopp tinggalkan Reds akhir musim

JURGEN Klopp memantau pemain Liverpool menjalani latihan menjelang pertemuan menentang Wolverhampton Wanderers sebelum ini. Pengurus dari Jerman itu mengambil keputusan mengejutkan apabila berhasrat mengakhiri kariernya di Anfield pada penghujung musim ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pengurus Liverpo­ol, Jurgen Klopp membuat ke­­putusan mengejutkan apabila mengumumkan akan me­ninggal­kan Reds akhir musim ini.

Klopp yang mengambil alih Liverpool sejak 2015 dan berjaya menukar kelab itu kembali menjadi kuasa bola sepak Eropah mengakui beliau sudah ‘keha­bisan tenaga’.

Jurulatih dari Jerman itu membimbing Liverpool menang gelaran liga buat pertama kali sejak 30 tahun lalu pada 2020 dan mengemudi anak-anak buahnya menjulang gelaran Liga Juara-Juara pada 2019.

Pada masa ini Liverpool mendahului tangga Liga Perdana Inggeris dengan lima mata dan pengurus berusia 56 tahun itu tetap berazam untuk memenangi gelaran juara sekali lagi.

“Saya faham keputusan ini mengejutkan ramai pihak apabila anda mendengarnya buat kali pertama.

“Saya sangat menyukai kelab ini. Saya juga suka bandar ini begitu juga dengan penyokong Liverpool. Saya sayangkan pa­sukan, namun ia tidak mampu untuk menahan saya daripada mengambil keputusan ini,” kata Klopp.

Menurut Klopp, keputusan itu disebabkan beliau sudah kehabisan tenaga dan bukannya disebabkan perkara lain.

“Inilah saya. Apa yang harus saya katakan lagi. Saya kehabisan tenaga. Sampai saatnya saya terpaksa juga mengumumkannya (keputusan). Saya tahu bukan mudah untuk meneruskan kerjaya ini,” ujarnya. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN