Bila menang bagus, apabila kalah macam-macam kritikan - Faisal

Bila menang semua bagus, apabila kalah macam-macam kritikan – Faisal

FAISAL Halim diasak dua pemain Jordan dalam saingan Piala Asia 2023 di Doha. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menang dijulang, kalah diherdik namun perkara itu dianggap asam garam dalam bola sepak dan perlu dilalui oleh mana-mana pemain.

Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim bagaimanapun berharap kritikan hebat yang diberikan segelintir penyokong tidak mengganggu fokus pemain menjelang aksi berdepan Korea Selatan, esok.

Tambahnya, sebagai pemain, kritikan yang diterima itu adalah perkara biasa apabila pasukan tidak mendapat keputusan yang diinginkan dalam setiap perlawanan dilalui.

“Kritikan perkara biasa, apabila kita menang semua bagus dan apabila kita kalah macam-macam (kritikan). Lebih ramai jurulatih di luar sana, tapi sebagai pemain kami kena terima apa orang nak kata.

“Mereka ada hak untuk menilai dan beri pendapat, tapi mereka tak ada hak untuk buat keputusan. Saya harap semua rakan sepasukan dapat mengatasi kritikan,” katanya seperti dilaporkan Flash Sukan di Doha.

Perlawanan ketiga yang merupakan pelengkap jadual Kumpulan E buat Harimau Malaya berdepan Korea Selatan di Stadium Al Janoub, esok menjadi aksi terakhir Malaysia dalam saingan Piala Asia 2023.

Skuad bimbingan Kim Pan Gon telah tersingkir daripada persaingan merebut tempat ke pusingan 16 terbaik selepas tewas 0-1 kepada Bahrain di Stadium Jassim bin Hamad, Sabtu lalu.

Kekalahan perit yang terpaksa ditelan barisan pemain Harimau Malaya turut mengundang kritikan daripada sesetengah pihak dengan pemain tengah, Natxo Insa menjadi sasaran utama antara pemain yang dikritik oleh penyokong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN