Tak jadi lantik Zafrul, BAM kekalkan Norza sebagai Presiden

Tak jadi lantik Tengku Zafrul, BAM kekalkan Norza sebagai Presiden

MOHAMAD NORZA ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria membuat pusingan U untuk terus kekal memegang tampuk kepimpinan badan induk itu.

Perkara itu diumumkan Mesyuarat Ahli Lembaga BAM yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Ini bermakna pengganti yang digembar-gemburkan selama ini, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Aziz tidak akan memikul tugas Presiden BAM pada tahun hadapan.

Norza menjelaskan dia terpaksa meneruskan tugasnya itu selepas mendapat saranan daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selain mendapat sokongan penuh kesemua Ahli Majlis.

BAM melihat kepentingan Norza untuk terus memimpin badan induk itu, terutamanya dari sudut menguruskan persiapan barisan pemain negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris yang hanya berbaki lapan bulan sahaja lagi.

“Berhubung dengan perletakkan jawatan saya sebelum ini, namun sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Hannah Yeoh di atas sokongan dan bimbingannya selama ini, serta permintaannya untuk mahukan saya kekal sebagai Presiden BAM.

“Selepas pertimbangan secara rapi dan sokongan padu dari Hannah, serta perbincangan menyeluruh bersama Ahli Majlis BAM, saya dengan ini mengumumkan untuk kekal sebagai Presiden BAM.

“Perkara ini tidak diputuskan secara terburu-buru tetapi dibuat menerusi perbincangan yang amat teliti dengan semua Ahli Majlis BAM, bagi memastikan kestabilan dalam fasa yang amat penting menuju ke Sukan Olimpik Paris 2024,” jelas Norza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya