Skuad B-23 timba pengalaman berguna - Garrido

Skuad B-23 timba pengalaman berguna – Garrido

PEMAIN skuad kebangsaan bawah 23 Aliff Izwan Yuslan diasak pemain China dalam aksi persahabatan di Shanghai, semalam. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Juan Torres Garrido mengakui dua perlawanan persahabatan menentang China B-23 memberikan pengalaman berguna buat anak-anak buahnya.

Dalam dua perlawanan persahabatan itu, anak-anak buah Garrido berdepan nasib berbeza iaitu menang 1-0 pada Sabtu lalu dan tewas 1-2 semalam, sekali gus mengutip pengajaran berguna apabila berdepan pasukan lebih berkualiti.

“Perlawanan ini memberi pengalaman berguna kepada pasukan, kami berdepan dua situasi berbeza. Perlawanan pertama lebih baik jika dibandingkan dengan perlawanan kedua. Selepas hilang seorang pemain (perlawanan kedua) lawan mendapat gol pendahuluan.

“Jadi, kami ambil ini (dua perlawanan persahabatan) sebagai latihan untuk berdepan pelbagai situasi di Piala Asia B-23 di Qatar pada April tahun hadapan. Kita akan buat persediaan terbaik untuk memantapkan pasukan.

“Sesi latihan dan perlawanan persahabatan amat penting untuk bina pasukan lebih baik ke Piala Asia. Kita juga akan melihat lagi selepas ini senarai pemain yang terbaik untuk dibawa ke Piala Asia nanti.

“Kita akan lihat panggilan demi panggilan, macam sekarang ada pemain alami kecederaan. Kita juga akan menilai dalam aspek termasuk sikap semasa sesi latihan. Pada Mac kita akan lihat pemain mana yang bersesuaian untuk sertai pasukan ke Piala Asia,” katanya.

Sebagai rekod, dua aksi persahabatan berdepan skuad B-23 China sebagai persiapan skuad negara bagi menghadapi pusingan akhir Piala Asia B-23 di Qatar pada April tahun hadapan.

Pada saingan terbabit, skuad B-23 diundi dalam Kumpulan D bersama juara dan naib juara 2018, Uzbekistan dan Vietnam selain Kuwait turut diundi dalam kumpulan sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya