Penyudah tumpul hukum Young Tigers

Penyudah tumpul hukum Young Tigers

PENJAGA gawang Belgium, Feldheim Boris berjaya menghalang percubaan pemain Malaysia, Harris Osman dalam aksi Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gagal menyempurnakan pukulan sudut penalti menghukum skuad hoki remaja dalam aksi klasifikasi kedudukan kesembilan hingga ke-12 Piala Dunia Hoki Remaja 2023 apabila tumpas 3-5 kepada Belgium menerusi penentuan penalti, semalam.

Terdahulu, dalam aksi di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi sebenar dan anak-anak buah Mohamad Amin Rahim bangkit dua kali untuk mengikat Belgium bagi mengherat perlawanan ke penentuan penalti.

Biarpun berjaya bangkit menerusi jaringan Adam Ashraf dan Harris Osman, anak-anak buah Amin gagal menyempurnakan lapan pukulan sudut penalti dalam perlawanan tersebut, sekali gus menyerlahkan ketumpulan penyudah pukulan sudut penalti skuad Young Tiger.

Prestasi sama turut dipamerkan skuad Malaysia dalam aksi klasifikasi kesembilan hingga ke-16 pada Ahad lalu, biarpun menang 4-1 ketika menentang Mesir, mereka hanya berjaya menyudahkan tiga daripada 16 pukulan sudut penalti yang diberikan pengadil.

“Biarpun tewas saya kena bagi setinggi pujian kepada pemain, sejak daripada awal saya menaruh kepercayaan kepada pasukan saya. Mereka pamerkan aksi terbaik sepanjang 60 minit menentang Belgium. Kita tetap menyerang biarpun ketinggalan 0-2.

“Kita buat kebangkitan, betul kita tidak dapat sempurnakan pukulan sudut penalti tetapi gol penyamaan menerusi penalti stroke (Harris) terhasil menerusi gerakan daripada pukulan sudut penalti dan empat pukulan sudut penalti lain juga menepati sasaran.

“Kalau kita dapat menyempurnakan empat pukulan sudut penalti awal, kita sudah pasti berada di hadapan. Bagaimanapun, semangat pemain tidak luntur dan bangkit untuk terus berjuang dan mereka buktikan segalanya di atas padang,” kata Amin dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Ditanya sama ada aksi menentang Belgium adalah aksi terbaik anak-anak buahnya, Amin mengakui, aksi menentang Belgium adalah yang terbaik, namun segalanya sudah terlambat kerana Malaysia sekadar berpeluang merampas kedudukan ke11 atau ke-12.

Kekalahan kepada Belgium menyaksikan skuad Young Tiger akan beraksi dalam perlawanan tempat ke-11 dan ke-12 esok bertemu New Zealand yang tewas 4-3 menerusi penalti shoot-out selepas terikat 3-3 dengan Afrika Selatan.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia di pentas Piala Dunia Remaja adalah tempat keempat sebanyak tiga kali bermula edisi 1979 di Versailles, Pe­rancis; 1982 di Kuala Lumpur dan 2013 di New Delhi, India. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya