Norza sedia timbang terus kemudi BAM

Norza sedia timbang terus kemudi BAM

MOHAMAD NORZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Badminton Ma­­laysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria akan mempertimbangkan permintaan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh agar mengekalkan kedudukannya dalam ba­dan induk tersebut.

Norza berkata, sekiranya mengikut tempoh sebagai Presi­den BAM akan berakhir pada 2025 tetapi beliau mengambil keputusan berundur lebih awal atas sebab tertentu.

Katanya, permintaan yang disuarakan Hannah itu adalah untuk beliau terus memegang jawatan sehingga berakhir Sukan Olimpik Paris 2024.

“Saya akan pertimbang cadangan itu kerana sa­ya hormat beliau sebagai menteri dan kita mempunyai kerjasama baik.

“BAM ada mesyuarat majlis Sabtu ini, saya akan beri penjelasan lanjut pada hari berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Norza mula mengambil alih tampuk BAM pada 2017 menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Kelmarin, Hannah da­lam kenyataannya di aplikasi X meminta Norza mempertimbangkan semula keputusan melepaskan jawatan dalam BAM hujung bulan ini.

Beliau memberitahu, program Road to Gold (RTG) direka bagi mengelakkan sekiranya berlaku perubahan kepimpinan dalam Kementerian Belia dan Sukan ataupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan mempunyai dua pengerusi bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya