Liverpool bangkit atasi Crystal Palace untuk terajui EPL

Liverpool bangkit atasi Crystal Palace 2-1 untuk terajui Liga Perdana Inggeris

Pemain Liverpool, Harvey Elliott (kanan) meraikan jaringan kemenangannya ke atas Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung sebentar tadi. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool menghembus nafas lega apabila berjaya bangkit daripada ketinggalan ketika bertandang ke Stadium Selhurst Park untuk  menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp diberi tentangan sengit oleh Crystal Palace sepanjang babak pertama, namun ‘Eagles’ berjaya mendahului permainan menerusi sepakan penalti Jean-Philippe Mateta pada minit ke 57.

Pada minit ke 75, Crystal Palace terpaksa akur bermain 10 orang apabila pemain sayapnya, Jordan Ayew dilayangkan kad merah susulan terjahan keras keatas pemain Liverpool.

The Reds berjaya mengambil peluang tersebut dengan mendapatkan jaringan pada minit ke 76 hasil sepakan Mohammad Salah yang terkena pemain pertahanan Palace.

Satu minit memasuki waktu kecederaan, pemain pertukaran The Reds, Harvey Elliott menambah derita tuan rumah apabila menambahkan satu lagi jaringan untuk merubah keputusan perlawanan menjadi 2-1, dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan ini turut melonjakkan kedudukan Liverpool untuk menerajui liga buat seketika dengan 37 mata, dan mereka berpeluang untuk kekal menerajui takhta liga seandainya Arsenal yang kini berada kedua dengan 36 mata tewas kepada Aston Villa dalam aksi yang berlangsung sebentar nanti.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.