Habib harap mampu tamatkan kemarau 22 tahun

Habib harap mampu tamatkan kemarau 22 tahun

HABIB Haroon (kanan) yakin Terengganu FC mampu melakukan kejutan sekali gus menamatkan kemarau juara Piala Malaysia selama 22 tahun. - UTUSAN/MUHAMMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Terengganu FC (TFC), Habib Haroon tetap menaruh kepercayaan kepada rakan sepasukannya bahawa mereka mampu mencipta kejutana mengejutkan  Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam esok.

Jelas pemain berusia 23 tahun itu, peluang untuk kedua-dua pasukan bergelar juara adalah sama rata.

“Sudah tentu ada tekanan kerana kami akan menentang pasukan terbaik di negara ini. Jadi ini bukanlah satu perlawanan yang mudah tetapi semua pemain teruja menantikan aksi final ini.

“Ia (final) akan jadi 50/50 dan apa sahaja boleh berlaku. Semua pasukan mahukan kemenangan dan begitu juga kami yang turun dengan misi untuk menang,” kata Habib.

Kali terakhir TFC menjulang Piala Malaysia adalah pada edisi 2001 yang menyaksikan mereka menewaskan Perak 2-1.

Bagi edisi kali ini, TFC mengesahkan tiket ke final selepas menyingkirkan juara edisi 2021, Kuala Lumpur City 4-2 secara agregat.

Skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner itu turut melakar rekod baik dalam kempen Piala Malaysia musim ini apabila belum lagi tewas dalam sebarang aksi sepanjang laluan ke final. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN