NYON: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal diundi menentang kelab Portugal, FC Porto dalam aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2023/2024.
Menerusi undian yang dijalankan di ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) di Switzerland hari ini, Arsenal yang menjadi juara Kumpulan B berjaya mengelak bertemu dengan beberapa gergasi besar Eropah seperti Paris Saint-Germain (PSG), Inter Milan dan Napoli.
PSG akan bertemu Real Sociedad manakala Inter pula dijadualkan menentang Atletico Madrid.
Penyandang juara, Manchester City pula mendapat undian mudah apabila akan bertemu pasukan Denmark, FC Copenhagen.
Jadual penuh perlawanan pusingan 16 terbaik UCL
Porto menentang Arsenal
Napoli menentang Barcelona
PSG menentang Real Sociedad
Inter menentang Atletico Madrid
PSV Eindhoven menentang Borussia Dortmund
Lazio menentang Bayern Munich
Copenhagen menentang Manchester City