Aniq mahu julang angkatan 300 kilogram

Aniq mahu julang angkatan 300 kilogram

Mohamad Aniq Kasdan berharap dapat mengekalkan momentum apabila memecahkan rekod kebangsaan dan berjaya menuai dua pingat di Kejohanan Grand Prix II Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) di Doha, Qatar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan berharap dia akan dapat terus mengekalkan momentumnya apabila bukan sahaja memecahkan rekod kebangsaan, tetapi turut berjaya menuai dua pingat di Kejohanan Grand Prix II Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) di Doha, Qatar.

Selepas selesai semua aksi kumpulan, Aniq yang beraksi dalam Kumpulan C bagi kategori bawah 61 kilogram (kg) berjaya membawa pulang pingat gangsa bagi acara snatch dengan catatan 126kg serta pingat perak dalam acara clean and jerk dengan angkatan 170kg untuk keseluruhan 296kg.

Lebih membanggakan aksi Aniq jauh lebih baik berbanding pemegang rekod dunia Li Fabin dari China serta pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Eko Yuli Irawan dari Indonesia yang gagal meneruskan angkatan dalam acara clean and jerk.

Justeru dengan berbaki satu lagi kempen kelayakan di Pattaya, Thailand pada April, anak jati Johor ini taruh harapan untuk mempertingkatkan beban angkatannya sehingga 300kg.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan saya dapat memecahkan rekod kebangsaan untuk acara clean and jerk serta angkatan keseluruhan.

“Kalau ikutkan, saya kurang 4kg lagi untuk mencapai angkatan 300kg.

“Semestinya, saya akan kearah itu untuk membuat jumlah angkatan yang terbaik,” jelas Aniq ketika dihubungi.

Ranking Aniq dalam kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 juga dijangka akan meningkat ke tangga ke tujuh berbanding kedudukannya ketika ini iaitu di tangga ke 15.

Hanya 10 atlet terbaik dalam ranking kelayakan itu akan layak secara automatik ke Paris 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya