MADRID: Pendahulu Liga Sepanyol (La Liga) Real Madrid mengalami mimpi buruk dan terpaksa akur ekoran beberapa pemain kelab gergasi itu mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dalam satu musim yang sama.
Pengendaliannya, Carlo Ancelotti berkata, Real Madrid mengalami musim yang sangat teruk apabila terdapat tiga tonggak utama yang mengalami kecederaan serius dalam satu musim.
“Ketika perlawanan menentang Villarreal, kami terpaksa menggantikan David Alaba dengan Nacho Fernandez serta-merta pada minit ke-35 kerana mengalami ACL.
“Ini adalah kali pertama ia berlaku kepada saya apabila tiga pemain saya mengalami ACL dalam satu musim,” katanya.
Terdahulu dilaporkan, Penjaga Gol utamanya, Thibaut Courtois terlebih dahulu direhatkan semusim selepas mengalami ACL pada perlawanan awal musim dan dijangka kembali beraksi April 2024.
Selepas beberapa bulan, pertahanannya Eder Militao pula mengalami kecederaan yang sama ketika menentang Athletic Bilbao di La Liga.
Dalam pada itu, Ancelotti juga sedang memikirkan untuk membawa masuk pertahanan baru bagi menggantikan Alaba yang mungkin direhatkan beberapa bulan akibat mengalami kecederaan ACL.
“Kita akan lihat dalam beberapa hari akan datang jika sesuatu boleh selesai..
“Pertahanan, Carvajal akan kembali berlatih dan bermain dalam perlawanan seterusnya, tetapi kami tidak akan mengambil sebarang risiko.
“Vinícius, Camavinga dan Arda Güler semuanya juga akan kembali selepas cuti,” katanya.