Sepakan basikal Garnacho jadi pemangkin Manchester United

Sepakan basikal Garnacho jadi pemangkin Manchester United tewaskan Everton 3-0

Pemain Manchester United, Alejandro Garnacho cuba melepasi kawalan pemain Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Goodison Park pada awal pagi Isnin. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pasukan Everton terus dirundum malang apabila mereka tumpas 3-0 kepada Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Goodison Park, Liverpool pada awal pag tadi.

Everton yang baru sahaja dipotong 10 mata tersentak seawal minit ketiga hasil sepakan basikal Alejandro Garnacho yang sukar diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Jordan Pickford.

Derita Everton terus berpanjangan apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada pelawat di babak kedua, selepas video bantuan pengadil (VAR) mengesan kekasaran dilakukan Ashley Young terhadap Anthony Martial.

Marcus Rashford mudah menyempurnakan peluang itu untuk meletakkan United 2-0 di hadapan pada minit ke 56.

Anthony Martial memastikan United merakamkan kemenenangan mutlak dalam perlawanan ini apabila menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke 75 selepas mendapat umpanan daripada ketua pasukan, Bruno Fernandes.

Keputusan ini meletakkan United di tangga keenam liga dengan 24 mata, manakala Everton dalam kedudukan bahaya apabila berada di tangga ke 19 dengan empat mata sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya