Sabah FC tetap waspada ancaman Hougang

Sabah FC tetap waspada ancaman Hougang

ONG Kim Swee tidak mahu Sabah berasa selesa menentang Hougang United dalam aksi Kumpulan H Piala AFC malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sabah FC jika dilihat atas kertas, tidak berdepan masalah untuk mengutip tiga mata penuh di Stadium Jalan Besar apabila turun berdepan Hougang United pada aksi Kumpulan H Piala AFC malam ini.

Keyakinan itu hadir kerana The Rhinos sebelum ini telah melakar kemenangan 3-1 ke atas lawan sama pada aksi pembukaan Kumpulan H, September lalu di Likas.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya mengambil mudah dan terlalu yakin kerana beraksi di laman sendiri dan tempat lawan adalah dua perkara berbeza.

“Benar pada aksi pertama kita berjaya menang di tempat sendiri, tetapi kali ini berbeza kerana bermain di laman lawan. Tentu sekali kita pergi untuk mendapat kemenangan namun tidak boleh ambil mudah tentangan daripada lawan,” katanya.

Sabah FC membawa misi wajib menang ke atas kelab dari Singapura itu bagi memastikan peluang mara ke pusingan seterusnya terjamin.

Skuad kendalian Kim Swee kini memimpin Kumpulan H dengan mengumpul sembilan mata daripada empat perlawanan manakala Hai Pong dan PSM Makassar berkongsi enam mata untuk berada di tangga kedua serta ketiga.

Jelas bekas jurulatih kebangsaan itu, kejayaan menumbangkan finalis Piala Malaysia Terengganu tentunya memberi tonik tambahan kepada pemain bagi menghadapi perlawanan menentang Hougang.

“Tentu sekali mood pemain berada dalam keadaan baik. Kemenangan 4-0 ke atas Terengganu sebelum ini menunjukkan prestasi pemain berada di tahap tertinggi.

“Kita wajib menang untuk layak ke peringkat seterusnya,” ujarnya.

Sabah akan melengkap aksi kumpulan saingan Piala AFC dengan melayan kunjungan PSM Makassar di Stadium Likas pada 14 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya